Thursday 23 February 2012

MENYUKAI 3 PERKARA

Pada satu ketika dalam satu majlis semasa Nabi (S.A.W) duduk bersama para sahabat, RASULULULLAH (S.A.W) tlh bersabda, Allah menjadikn hatiku MENYUKAI 3 PERKARA iaitu wangi-wangian, wanita dan solah yang menjadi penyejuk mata ku. ABU BAKAR (R.anhu) pun berkata, saya juga MENYUKAI 3 PERKARA iaitu melihat wajah Nabi (S.A.W), harta bendaku dibelanjakan untuk Rasulullah (S.A.W) dan anak perempuanku dinikahkn dengan Rasulullah (S.A.W). UMAR (R.anhu) pun berkata, saya juga MENYUKAI 3 PERKARA iaitu amr bil ma'ruf (menyuruh buat baik, nahi anil mungkar (mencegah kemungkaran) dan memakai pakaian yang usang. UTHMAN (R.anhu) pun berkata, saya juga MENYUKAI 3 PERKARA iaitu memberi makanan kpd orang yg lapar, memberi pakaian kpd org yg tidak berpakaian dan membaca al-Quran. ALI (R.anhu) pun berkata, saya juga MENYUKAI 3 PERKARA iaitu melayani tetamu, berpuasa pada hari yg panas dan memancung kepala musuh. Bukan setakat sahabat je. tiba2 muncul pula JIBRIL A.S lalu berkata, Saya dihantar ALLAH utk memberitahu kpd kamu sekiranya saya seorang manusia, saya juga MENYUKAI 3 PERKARA iaitu memimpin orang yang sesat, mengasihi orang miskin yg soleh dan membantu orang miskin yg mempunyai anak ramai. JIBRIL A.S berkata lg.. ALLAH MENYUKAI 3 PERKARA daripada HAMBANYA iaitu mengunakan KEUPAYAAN DIRI dan HARTA pada jalan Allah, MENANGIS kerana kesal atas DOSA semasa BERTAUBAT dan BERSABAR semasa ditimpa KESEMPITAN.

~yang baik dtg dari ALLAH dan yang buruk atas kelemahan diri saya~